1 Pada waktu umat Israel berkumpul di Mizpa, mereka mengangkat sumpah. Mereka berkata, “Tiada seorang pun daripada kami akan membenarkan anak-anak perempuan kami berkahwin dengan orang Benyamin.”
2 Sekarang umat Israel pergi ke Betel lalu duduk di hadapan Allah sehingga malam. Mereka menangis serta berseru,
3 “Ya TUHAN, Allah Israel, mengapakah perkara ini terjadi? Mengapakah Israel harus kehilangan suku Benyamin?”
4 Esok paginya, mereka membina sebuah mazbah di sana. Mereka mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN.
5 Kemudian mereka bertanya, “Adakah puak-puak antara segenap umat Israel yang tidak ikut beribadat kepada TUHAN di Mizpa dahulu?” (Umat Israel telah bersumpah bahawa sesiapa yang tidak pergi ke Mizpa pada masa itu mesti dihukum mati).
6 Mereka kasihan terhadap suku Benyamin lalu berkata, “Pada hari ini umat Israel telah kehilangan satu daripada sukunya.