11 Dengarlah! Orang ramai di sekeliling perigisedang memberitakan kemenangan TUHAN,kemenangan umat Israel!Kemudian umat TUHAN berarak turun dari kota-kota mereka.
12 Bangkitlah, hai Debora, bangkitlah!Bangkitlah, dan bernyanyilah!Bangunlah, hai Barak anak Abinoam!Giringlah orang tawananmu!
13 Kemudian para bangsawan yang tertinggal datang kepada pemimpin mereka;umat TUHAN datang kepada-Nya, siap untuk berjuang.
14 Mereka datang dari Efraim ke lembah,mengikuti suku Benyamin yang berjalan di hadapan.Para panglima datang dari Makhir,para pegawai tentera dari Zebulon.
15 Para pemimpin suku Isakhar datang bersama dengan Debora,pemimpin suku Isakhar datang dan Barak pun turut serta.Mereka mengikuti dia sampai ke lembah.Tetapi suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
16 Mengapakah mereka tidak mahu ikut, dan tinggal dengan domba?Adakah untuk mendengarkan gembala memanggil domba?Sesungguhnya suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
17 Suku Gad tinggal di sebelah timur Sungai Yordan,suku Dan tinggal berhampiran kapal-kapal.Suku Asyer tinggal di sepanjang pantai;mereka tetap tinggal di situ.