16 Mengapakah mereka tidak mahu ikut, dan tinggal dengan domba?Adakah untuk mendengarkan gembala memanggil domba?Sesungguhnya suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
17 Suku Gad tinggal di sebelah timur Sungai Yordan,suku Dan tinggal berhampiran kapal-kapal.Suku Asyer tinggal di sepanjang pantai;mereka tetap tinggal di situ.
18 Tetapi suku Zebulon dan suku Naftalimempertaruhkan nyawa di medan perang.
19 Di Taanakh, dekat sungai di Megido,raja-raja datang untuk berperang;raja-raja Kanaan berjuang,tetapi mereka tidak mengambil perak sebagai jarahan.
20 Dari tempat peredaran bintang di angkasa,bintang turut berjuang melawan Sisera.
21 Air deras Sungai Kison menghanyutkan musuh.Aku akan terus maju dengan kekuatan!
22 Lalu kuda menderap dengan laju,menghentam-hentam dengan telapak.