27 Daripada emas itu, Gideon membuat sebuah patung berhala, lalu meletakkannya di Ofra, kampung halamannya. Segenap umat Israel pergi ke sana untuk menyembah berhala itu, sehingga mereka tidak lagi menyembah Allah. Perkara itu menjadi perangkap bagi Gideon dan keluarganya.
28 Demikianlah orang Midian dikalahkan oleh umat Israel. Orang Midian tidak lagi menjadi ancaman kepada mereka. Negeri itu aman selama empat puluh tahun, selama Gideon masih hidup.
29 Selepas peperangan itu, Gideon balik ke kampung halamannya dan tinggal di sana.
30 Dia mempunyai tujuh puluh orang anak lelaki kerana isterinya banyak.
31 Dia juga mempunyai seorang gundik di Sikhem. Gundik itu melahirkan seorang anak lelaki untuknya yang dinamakannya Abimelekh.
32 Gideon anak Yoas meninggal ketika umurnya sangat lanjut. Dia dikebumikan di kuburan bapanya, Yoas. Kuburan itu terletak di Ofra, kota puak Abiezer.
33 Setelah Gideon meninggal, umat Israel tidak lagi setia kepada Allah. Mereka menyembah dewa-dewa Baal dan menjadikan Baal-Berit dewa mereka.