9 Oleh itu Gideon berkata kepada mereka, “Aku akan pulang dengan selamat. Pada masa itu aku akan merobohkan menara kota ini!”
10 Pada masa itu, Zebah dan Salmuna berada di Karkor dengan seluruh tentera mereka. Daripada segenap tentera orang padang gurun itu, cuma kira-kira 15,000 orang yang masih ada; 120,000 orang telah dibunuh.
11 Gideon menyusuri sempadan padang gurun di sebelah timur Nobah dan Yogbeha, lalu menyerang tentera musuh secara mendadak.
12 Zebah dan Salmuna, dua orang raja Midian itu lari. Tetapi Gideon mengejar dan menangkap mereka, sehingga seluruh tentera musuh cemas.
13 Selepas itu Gideon kembali dari peperangan melalui Genting Heres.
14 Di tengah jalan Gideon menangkap seorang pemuda dari Sukot lalu memintanya memberikan nama para pemimpin kota itu. Pemuda itu menuliskan nama 77 orang pemimpin kota Sukot untuk Gideon.
15 Selepas itu Gideon pergi kepada para pemimpin itu dan berkata, “Ingatkah kamu bahawa kamu tidak mahu menolong aku dahulu? Kamu tidak mahu memberikan makanan kepada askar-askarku yang letih, kerana kamu berkata aku belum menangkap Zebah dan Salmuna. Nah, inilah mereka!”