10 Yosua melakukan apa yang disuruh Musa lalu keluar memerangi orang Amalek, sementara Musa, Harun, dan Hur naik ke puncak bukit.
11 Selama Musa mengangkat tangannya, orang Israel menang, tetapi apabila dia menurunkan tangannya, orang Amalek pula mula menang.
12 Apabila tangan Musa berasa letih, Harun dan Hur mengambil sebuah batu lalu menyuruh Musa duduk di atasnya, sementara mereka berdiri di sisinya untuk menunjang tangan Musa. Mereka menunjang tangan Musa sehingga matahari terbenam.
13 Dengan demikian Yosua mengalahkan orang Amalek.
14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Tulislah peristiwa ini supaya dapat dikenang. Beritahulah Yosua bahawa orang Amalek akan Aku binasakan sama sekali.”
15 Musa membina sebuah mazbah dan menamakannya “TUHAN Panjiku.”
16 Musa berkata, “Kibarkanlah panji TUHAN! TUHAN akan terus-menerus berperang melawan orang Amalek hingga selama-lamanya!”