19 Tiap-tiap tahun, bawalah hasil pertama yang terbaik daripada tanaman kamu, ke rumah TUHAN, Allah kamu.Jangan masak anak domba atau anak kambing di dalam air susu induknya.”
20 “Aku akan mengutus malaikat-Ku mendahului kamu untuk melindungi kamu dalam perjalanan dan membawa kamu ke tempat yang telah Aku sediakan.
21 Dengarkanlah dan taatilah dia. Jangan berontak terhadap dia kerana dia utusan-Ku. Dia tidak akan mengampunkan pemberontakan yang demikian.
22 Tetapi jika kamu taat kepadanya dan melakukan segala perintah-Ku, Aku akan berperang menentang semua musuh kamu.
23 Malaikat-Ku akan mendahului kamu serta membawa kamu ke negeri orang Amori, Het, Feris, Kanaan, Hewi, dan Yebusi; Aku akan membinasakan mereka.
24 Jangan sujud atau sembah kepada tuhan-tuhan mereka. Jangan tiru cara mereka bersembahyang. Hancurkanlah tuhan-tuhan mereka dan patahkan tiang-tiang batu yang digunakan mereka untuk beribadat.
25 Jika kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, Aku akan memberkati kamu dengan makanan serta minuman, dan menghapuskan segala penyakit kamu.