27 Aku akan menjadikan bangsa yang menentang kamu takut kepada-Ku. Aku akan mendatangkan kekeliruan antara bangsa yang kamu lawan, dan Aku akan menyebabkan semua musuh berpaling dan lari daripada kamu.
28 Aku akan mengacau-bilaukan musuh apabila kamu mara; Aku akan mengusir orang Hewi, Kanaan, dan Het.
29 Aku tidak akan mengusir mereka semua dalam masa satu tahun, kerana hal ini akan menjadikan tanah itu terbiar dan binatang buas akan terlalu banyak.
30 Aku akan mengusir mereka sedikit demi sedikit sehingga kamu menjadi cukup banyak untuk mendiami tanah itu.
31 Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu dari Teluk Akaba ke Sungai Efrat, dan dari Laut Tengah hingga ke padang gurun. Aku akan memberi kamu kuasa terhadap penduduk negeri itu, dan kamu akan mengusir mereka apabila kamu mara.
32 Jangan buat perjanjian dengan mereka ataupun dengan tuhan-tuhan mereka.
33 Jangan benarkan mereka tinggal di negeri kamu, supaya kamu tidak menyembah tuhan-tuhan mereka dan berdosa terhadap Aku. Jika kamu menyembah tuhan-tuhan mereka, kamu akan jatuh ke dalam perangkap maut.”