5 Jika keldai musuh kamu jatuh kerana bebannya berat, tolonglah dia menegakkan keldai itu; jangan pergi tanpa memberikan pertolongan.
6 Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah.
7 Jangan buat tuduhan palsu, dan jangan sebabkan orang yang tidak bersalah dihukum mati, kerana Aku akan menghukum orang yang melakukan kejahatan seperti itu.
8 Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.
9 Jangan berlaku kejam terhadap orang asing; kamu tahu rasanya menjadi orang asing, kerana dahulu kamu pun orang asing di Mesir.”
10 “Selama enam tahun kamu boleh menanami ladang dan mengumpulkan apa yang dihasilkannya.
11 Tetapi pada tahun yang ketujuh tanah itu harus dibiarkan. Sepanjang tahun itu kamu tidak boleh mengumpulkan hasil apa sahaja yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu. Biarlah orang miskin mengambilnya, dan sisanya untuk binatang liar. Buatlah hal yang sama pada ladang anggur dan pokok zaitun kamu.