4 Selepas itu Musa mencatatkan segala perintah TUHAN. Awal pagi esoknya, Musa membina sebuah mazbah di kaki gunung itu, lalu mendirikan dua belas buah batu; setiap batu mewakili salah satu suku Israel.
5 Kemudian Musa mengutus beberapa orang muda untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan juga mempersembahkan beberapa ekor lembu sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN.
6 Musa mengambil setengah daripada darah binatang itu lalu menuangkannya ke dalam mangkuk-mangkuk, dan yang setengah lagi dituangkannya ke atas mazbah.
7 Selepas itu Musa mengambil kitab perjanjian yang bertuliskan perintah TUHAN, lalu dengan nyaring membacakannya kepada umat. Mereka berkata, “Kami akan mentaati TUHAN dan melakukan segala perintah-Nya.”
8 Kemudian Musa mengambil darah yang ada di dalam mangkuk-mangkuk itu lalu menyiramkannya ke atas umat. Dia berkata, “Inilah darah yang memeteraikan perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan kamu ketika Dia memberikan semua perintah ini.”
9 Selepas itu Musa, Harun, Nadab, Abihu, dan tujuh puluh orang pemimpin itu mendaki gunung,
10 lalu mereka nampak Allah Israel. Dia berdiri di atas sesuatu seperti lantai daripada batu nilam, yang biru seperti langit cerah.