9 Selepas itu Musa, Harun, Nadab, Abihu, dan tujuh puluh orang pemimpin itu mendaki gunung,
10 lalu mereka nampak Allah Israel. Dia berdiri di atas sesuatu seperti lantai daripada batu nilam, yang biru seperti langit cerah.
11 Para pemimpin Israel itu sudah nampak Allah; walaupun begitu mereka tidak dibinasakan-Nya. Selepas itu mereka makan dan minum.
12 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Datanglah kepada-Ku di atas gunung. Di situ Aku akan memberikan dua buah batu tulis kepadamu. Batu-batu itu telah Aku tulisi dengan semua hukum-Ku. Aku memberikan semua hukum itu untuk mengajar umat.”
13 Oleh itu Musa dan Yosua, penolongnya bersiap-siap, lalu Musa mula mendaki gunung yang suci itu.
14 Musa telah berpesan kepada para pemimpin Israel, “Tunggulah di sini sehingga kami balik. Harun dan Hur ada bersama-sama kamu di sini. Sesiapa yang ada persoalan, boleh menemui mereka untuk mendapat penyelesaian.”
15 Musa mendaki Gunung Sinai lalu awan meliputi gunung itu.