10 Kemudian bawalah lembu jantan itu ke hadapan Khemah-Ku. Suruhlah Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu jantan itu.
11 Sembelihlah lembu itu di hadirat-Ku, di hadapan pintu masuk Khemah.
12 Ambil sedikit darah lembu jantan itu, lalu dengan jarimu sapukan darah itu pada unjuran-unjuran mazbah. Kemudian tuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah.
13 Selepas itu, ambil semua lemak yang meliputi isi perut lembu itu, dan bahagian yang paling baik pada hati, dan dua biji buah pinggang dengan lemaknya; bakarlah semuanya di atas mazbah sebagai persembahan kepada-Ku.
14 Tetapi bakarlah daging, kulit, dan usus lembu jantan itu di luar perkhemahan. Itulah persembahan korban untuk pengampunan dosa para imam.
15 Ambillah seekor daripada domba jantan itu, lalu suruhlah Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala domba itu.
16 Sembelihlah domba jantan itu, lalu ambil darahnya dan siramkan pada keempat-empat sisi mazbah.