31 Ambillah daging domba jantan yang digunakan untuk pentahbisan Harun dan anak-anaknya, lalu rebuslah daging itu di tempat yang suci.
32 Harun dan anak-anaknya mesti makan daging domba itu serta sisa roti di dalam bakul, di pintu masuk Khemah hadirat-Ku.
33 Mereka mesti makan apa yang digunakan dalam upacara pengampunan dosa pada masa pentahbisan mereka. Hanya imam yang boleh makan makanan itu kerana makanan itu suci.
34 Jika pada keesokan paginya, masih ada daging atau roti yang tidak habis dimakan, makanan itu mesti dibakar dan tidak boleh dimakan kerana makanan itu suci.
35 Lakukanlah upacara pentahbisan Harun dan anak-anaknya selama tujuh hari seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu.
36 Tiap-tiap hari engkau mesti mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Korban ini akan menyucikan mazbah. Kemudian lumurilah mazbah itu dengan minyak zaitun untuk menyucikannya.
37 Lakukanlah hal itu setiap hari selama tujuh hari. Maka seluruh mazbah itu akan menjadi suci, lalu apa sahaja yang kena mazbah itu harus diserahkan kepada TUHAN, dan siapa sahaja yang menyentuh mazbah itu akan mendapat celaka kerana kekuatan kesuciannya.”