7 Kemudian ambillah minyak upacara dan tuangkan ke atas kepalanya untuk mentahbiskan dia.
8 Selepas itu, suruhlah anak-anak Harun datang dan pakaikan baju labuh pada mereka;
9 pakaikan juga ikat pinggang pada mereka, dan kenakan ikat kepala pada mereka. Demikianlah caranya engkau mentahbiskan Harun serta anak-anaknya. Mereka dan keturunan mereka harus mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam selama-lamanya.
10 Kemudian bawalah lembu jantan itu ke hadapan Khemah-Ku. Suruhlah Harun dan anak-anaknya meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu jantan itu.
11 Sembelihlah lembu itu di hadirat-Ku, di hadapan pintu masuk Khemah.
12 Ambil sedikit darah lembu jantan itu, lalu dengan jarimu sapukan darah itu pada unjuran-unjuran mazbah. Kemudian tuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah.
13 Selepas itu, ambil semua lemak yang meliputi isi perut lembu itu, dan bahagian yang paling baik pada hati, dan dua biji buah pinggang dengan lemaknya; bakarlah semuanya di atas mazbah sebagai persembahan kepada-Ku.