1 Apabila orang Israel melihat bahawa Musa berada di gunung itu lama sekali, dan dia belum juga turun, mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya, “Kita tidak tahu apa telah berlaku kepada si Musa, yang telah memimpin kita keluar dari Mesir; oleh itu buatlah satu tuhan bagi kami untuk memimpin kami.”
2 Harun berkata kepada mereka, “Tanggalkanlah anting-anting emas yang dipakai oleh isteri, anak lelaki, dan anak perempuan kamu, lalu bawalah semuanya kepadaku.”
3 Oleh itu mereka semua menanggalkan anting-anting emas dan memberikan semuanya kepada Harun.
4 Harun mengambil anting-anting itu, meleburkan semuanya lalu mencurahkan emas itu ke dalam acuan, dan membuat sebuah patung lembu jantan.Umat itu berkata, “Hai Israel, inilah tuhan kita yang telah membawa kita keluar dari Mesir!”
5 Kemudian Harun membina sebuah mazbah di hadapan lembu emas itu dan mengumumkan, “Esok kita akan mengadakan pesta untuk menghormati TUHAN.”
6 Awal pagi esoknya mereka membawa beberapa ekor binatang untuk dipersembahkan sebagai korban, dan beberapa ekor lagi bagi korban untuk memohon berkat kepada TUHAN. Mereka duduk untuk makan dan minum, lalu bangkit untuk berpesta liar.
7 TUHAN berfirman kepada Musa, “Cepatlah turun kerana umatmu yang engkau pimpin keluar dari Mesir telah berdosa dan menolak Aku.