14 Oleh itu TUHAN mengubah niat-Nya dan tidak melaksanakan ancaman-Nya untuk menimpakan bencana kepada umat-Nya.
15 Musa turun dari gunung sambil membawa dua buah batu tulis yang bertuliskan perintah Allah pada kedua-dua mukanya.
16 Allah sendiri telah membuat dua buah batu tulis itu dan mengukirkan perintah-Nya di situ.
17 Yosua mendengar orang Israel berteriak-teriak, lalu berkata kepada Musa, “Saya mendengar bunyi pertempuran di perkhemahan.”
18 Musa berkata, “Bunyi itu bukan suara kemenangan ataupun kekalahan; bunyi itu suara orang menyanyi.”
19 Apabila Musa menghampiri perkhemahan lalu melihat patung lembu daripada emas itu dan rakyat menari-nari, dia naik marah. Di situ, di kaki gunung, dia membanting batu-batu tulis yang dibawanya sehingga hancur berkeping-keping.
20 Musa mengambil patung lembu daripada emas yang dibuat mereka itu, lalu melebur dan menumbuknya sehingga menjadi serbuk halus, kemudian dia mencampurnya dengan air. Selepas itu Musa menyuruh orang Israel minum air itu.