17 TUHAN berfirman kepada Musa, “Aku akan melakukan seperti yang engkau minta, kerana Aku mengenal engkau dengan baik dan Aku berkenan kepadamu.”
18 Kemudian Musa memohon, “Benarkanlah aku melihat cahaya hadirat-Mu.”
19 TUHAN menjawab, “Aku akan lalu dengan segala keagungan-Ku di hadapanmu, sambil mengucapkan nama-Ku yang suci, iaitu TUHAN. Aku akan menunjukkan rahmat dan belas kasihan kepada orang yang Aku pilih.
20 Engkau tidak boleh melihat wajah-Ku, kerana tiada manusia yang tetap hidup setelah melihat wajah-Ku.
21 Berdirilah di atas bukit batu yang terletak di sebelah-Ku.
22 Apabila cahaya hadirat-Ku lalu, Aku akan memasukkan engkau ke dalam celah bukit batu dan menghalangi penglihatanmu dengan tangan-Ku sehingga Aku telah lalu.
23 Kemudian Aku akan mengangkat tangan-Ku dan engkau akan nampak belakang-Ku, tetapi tidak nampak wajah-Ku.”