4 Selepas umat mendengar firman itu, mereka mula berkabung dan tidak lagi memakai barang kemas,
5 kerana TUHAN telah menyuruh Musa menyampaikan firman-Nya kepada umat Israel, “Kamu umat yang degil. Jika Aku ikut bersama-sama kamu walau seketika pun, tentu kamu akan Kubinasakan sama sekali. Sekarang, tanggalkanlah barang kemas kamu; kemudian Aku akan menentukan apa yang Aku lakukan kepada kamu.”
6 Oleh sebab itu, selepas orang Israel meninggalkan Gunung Sinai, mereka tidak lagi memakai barang kemas.
7 Bila-bila sahaja orang Israel berkhemah, Musa akan mengambil Khemah lalu memasangnya di luar kawasan perkhemahan mereka, tidak berapa jauh dari perkhemahan itu. Khemah itu dinamakan Khemah TUHAN. Sesiapa yang minta nasihat TUHAN akan pergi ke Khemah itu.
8 Setiap kali Musa pergi ke Khemah itu, segenap umat akan berdiri di pintu khemah mereka dan memperhatikan Musa sehingga dia masuk ke dalam Khemah TUHAN.
9 Setelah Musa masuk, tiang awan turun dan berhenti di pintu Khemah itu, lalu TUHAN berfirman kepada Musa dari awan itu.
10 Sebaik sahaja umat melihat tiang awan di pintu Khemah TUHAN, mereka bersujud.