16 Musa melakukan segala-galanya sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN kepadanya.
17 Oleh itu pada hari pertama bulan pertama, tahun kedua selepas mereka meninggalkan Mesir, Khemah TUHAN dipasang.
18 Musa meletakkan alas-alasnya, mendirikan rangka-rangkanya, menyambung kayu-kayu lintangnya, dan menegakkan tiang-tiangnya.
19 Dia membentangkan penutup Khemah TUHAN, lalu menutupinya dengan penutup lain, sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN.
20 Kemudian Musa mengambil dua buah batu tulis itu dan meletakkannya di dalam Tabut Perjanjian. Dia memasukkan kayu pengusung Tabut ke dalam gelang-gelangnya, lalu menutup Tabut dengan penutupnya.
21 Lalu dia meletakkan Tabut itu di dalam Khemah TUHAN dan menggantungkan tirai pelindung di depan Tabut Perjanjian, sesuai dengan perintah TUHAN kepadanya.
22 Dia meletakkan meja di dalam Khemah TUHAN, di bahagian utara, sebelah luar tirai itu,