8 Pasanglah pagar di sekeliling Khemah dan gantungkan tirai di pintu pagar.
9 Kemudian tahbiskanlah Khemah itu dan segala peralatannya dengan menyapukannya dengan minyak upacara, maka Khemah itu akan menjadi suci.
10 Selepas itu tahbiskanlah mazbah serta segala peralatannya dengan menyapukannya dengan minyak upacara, maka semuanya akan menjadi benar-benar suci.
11 Tahbiskanlah juga besen air dan alasnya dengan cara yang sama.
12 Kemudian bawalah Harun dan anak-anaknya ke pintu Khemah TUHAN, dan lakukan upacara pembasuhan diri bagi mereka.
13 Kenakanlah pakaian imam pada Harun dan sapulah dia dengan minyak. Dengan cara itu, tahbiskanlah dia agar dia mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.
14 Suruhlah anak-anak Harun maju mendekat, lalu kenakanlah baju labuh pada mereka.