14 Simeon mempunyai enam orang anak lelaki: Yemuel, Yamin, Ohad, Yakhin, Zohar, dan juga Saul, anak lelaki daripada seorang perempuan Kanaan. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Simeon.
15 Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Lewi. Lewi hidup selama 137 tahun.
16 Gerson mempunyai dua orang anak lelaki: Libni dan Simei; mereka mempunyai keturunan yang banyak.
17 Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel. Kehat hidup selama 133 tahun.
18 Merari mempunyai dua orang anak lelaki: Mahli dan Musi. Merekalah puak-puak dalam suku Lewi dengan keturunan masing-masing.
19 Amram berkahwin dengan Yokhebed, adik perempuan bapanya; anak mereka ialah Harun dan Musa. Amram hidup selama 137 tahun.
20 Yizhar mempunyai tiga orang anak lelaki: Korah, Nefeg, dan Zikhri.