12 Kemudian Musa dan Harun meninggalkan raja. Musa berdoa kepada TUHAN supaya menghapuskan katak-katak yang didatangkan-Nya kepada raja.
13 TUHAN mengabulkan permintaan Musa lalu katak-katak di dalam rumah, di halaman, dan di ladang, semuanya mati.
14 Orang Mesir mengumpulkan bangkai-bangkai katak itu sampai bertimbun-timbun, sehingga seluruh negeri berbau busuk.
15 Apabila raja nampak bahawa semua katak sudah mati, raja menjadi degil semula. Raja tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN.
16 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Suruhlah Harun memukul tanah dengan tongkatnya, dan debu akan berubah menjadi agas di seluruh negeri Mesir.”
17 Oleh itu Harun memukul tanah dengan tongkatnya, lalu debu di seluruh negeri Mesir berubah menjadi agas yang mengerumuni manusia dan haiwan.
18 Tukang-tukang sihir cuba menggunakan ilmu sihir mereka untuk mengadakan agas, tetapi tidak berjaya. Agas terdapat di merata tempat.