4 Katak akan melompat ke atasmu, rakyatmu, dan semua pegawaimu.’ ”
5 TUHAN berfirman kepada Musa, “Suruhlah Harun menghulurkan tongkatnya ke atas sungai, saluran air, dan kolam, supaya katak akan muncul dan memenuhi seluruh tanah Mesir.”
6 Harun menghulurkan tongkatnya ke atas air, maka katak-katak muncul sehingga meliputi seluruh negeri itu.
7 Tetapi tukang-tukang sihir Mesir juga menggunakan ilmu sihir, dan menyebabkan katak-katak muncul sehingga meliputi seluruh negeri.
8 Raja memanggil Musa dan Harun, lalu bertitah, “Berdoalah kepada TUHAN supaya Dia menghapuskan katak-katak ini, maka beta akan membenarkan bangsa kamu pergi, agar mereka dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN.”
9 Musa berkata kepada raja, “Hamba bersedia berdoa untuk tuanku. Tentukanlah masanya, lalu hamba akan berdoa untuk tuanku, para pegawai, dan rakyat tuanku. Tuanku akan dibebaskan daripada katak-katak itu, dan tiada lagi yang akan tinggal kecuali katak yang di dalam Sungai Nil.”
10 Raja menjawab, “Berdoalah untuk beta esok.”Musa berkata, “Hamba akan berdoa sebagaimana tuanku minta, maka tuanku akan tahu bahawa tidak ada yang seperti TUHAN, Allah hamba semua.