2 Jika engkau masih tidak mahu membenarkan mereka pergi,
3 Aku akan menghukum engkau. Aku akan mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada semua ternakanmu: kuda, keldai, unta, lembu, domba, dan kambing.
4 Aku akan membezakan ternakan orang Israel dengan ternakan orang Mesir. Seekor pun ternakan orang Israel tidak akan mati.
5 Aku, TUHAN telah menetapkan hari esok untuk melaksanakan hal ini.’ ”
6 Pada keesokan harinya TUHAN melakukan seperti yang difirmankan-Nya, lalu semua ternakan orang Mesir mati, tetapi ternakan orang Israel tidak ada yang mati.
7 Raja menanyakan apa yang telah berlaku, lalu raja diberitahu bahawa ternakan orang Israel tidak seekor pun yang mati. Namun, raja masih berdegil dan tidak mahu membenarkan orang Israel pergi.
8 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, “Ambillah beberapa genggam abu dari relau. Musa harus menghamburkan abu itu ke udara di hadapan raja.