20 Beberapa orang antara pegawai raja takut kerana firman TUHAN itu. Oleh itu, mereka membawa abdi dan ternakan mereka masuk ke dalam rumah supaya terlindung.
21 Tetapi para pegawai yang lain tidak mempedulikan firman TUHAN dan membiarkan abdi serta ternakan mereka di luar.
22 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Angkatlah tanganmu ke arah langit, lalu hujan batu akan turun di serata tanah Mesir. Hujan itu akan menimpa manusia, ternakan, dan segala tumbuhan di padang.”
23 Oleh itu, Musa mengangkat tongkatnya ke arah langit, lalu TUHAN mendatangkan guruh dan hujan batu; kilat pun menyambar ke tanah. TUHAN menurunkan
24 hujan batu yang lebat, dan kilat menyambar ke sana-sini. Itulah hujan batu yang paling dahsyat yang pernah berlaku sepanjang sejarah negeri Mesir.
25 Di seluruh negeri Mesir, hujan batu memusnahkan segala sesuatu yang berada di luar, termasuk semua manusia dan ternakan. Hujan batu itu memusnahkan segala tumbuhan di padang dan menumbangkan semua pokok.
26 Hanya kawasan Gosyen, tempat tinggal orang Israel, tidak ditimpa hujan batu.