23 Oleh itu, Musa mengangkat tongkatnya ke arah langit, lalu TUHAN mendatangkan guruh dan hujan batu; kilat pun menyambar ke tanah. TUHAN menurunkan
24 hujan batu yang lebat, dan kilat menyambar ke sana-sini. Itulah hujan batu yang paling dahsyat yang pernah berlaku sepanjang sejarah negeri Mesir.
25 Di seluruh negeri Mesir, hujan batu memusnahkan segala sesuatu yang berada di luar, termasuk semua manusia dan ternakan. Hujan batu itu memusnahkan segala tumbuhan di padang dan menumbangkan semua pokok.
26 Hanya kawasan Gosyen, tempat tinggal orang Israel, tidak ditimpa hujan batu.
27 Kemudian raja memanggil Musa dan Harun, lalu bertitah, “Kali ini beta telah berdosa. TUHAN memang yang benar; beta dan rakyat beta bersalah.
28 Berdoalah kepada TUHAN. Kami sudah cukup menderita kerana guruh dan hujan batu ini. Beta berjanji untuk membenarkan kamu pergi. Kamu tidak usah tinggal di sini lagi.”
29 Musa berkata kepada raja, “Sebaik saja hamba keluar dari kota, hamba akan berdoa kepada TUHAN sambil mengangkat tangan. Guruh akan berhenti dan hujan batu akan reda, supaya tuanku tahu bahawa bumi ini milik TUHAN.