Nehemia 10 BM

1 Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:

2-8 Para imam:Seraya, Azarya, Yeremia,Pasyhur, Amarya, Malkia,Hatus, Sebanya, Malukh,Harim, Meremot, Obaja,Daniel, Gineton, Barukh,Mesulam, Abia, Miyamin,Maazya, Bilgai, dan Semaya.

9-13 Orang Lewi:Yesua anak Azanya,Binui keturunan puak Henadad,Kadmiel, Sebanya, Hodia,Kelita, Pelaya, Hanan,Mikha, Rehob, Hasabya,Zakur, Serebya, Sebanya,Hodia, Bani, dan Beninu.

14-27 Para pemimpin rakyat:Paros, Pahat-Moab,Elam, Zatu, Bani,Buni, Azgad, Bebai,Adonia, Bigwai, Adin,Ater, Hizkia, Azur,Hodia, Hasum, Bezai,Harif, Anatot, Nebai,Magpias, Mesulam, Hezir,Mesezabeel, Zadok, Yadua,Pelaca, Hanan, Anaya,Hosea, Hananya, Hasub,Halohes, Pilha, Sobek,Rehum, Hasabna, Maaseya,Ahia, Hanan, Anan,Malukh, Harim, dan Baana.

Piagam Perjanjian

28 Kami, rakyat Israel, para imam, para orang Lewi, para pengawal Rumah TUHAN, para penyanyi, dan para pekerja di Rumah TUHAN, bersama-sama isteri dan anak kami yang cukup dewasa untuk memahami perkara ini, serta semua orang yang taat kepada hukum Allah dan yang sudah mengasingkan diri daripada orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami,

29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini.

30 Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.

31 Jika orang bangsa asing datang menjual gandum atau apa sahaja kepada kami pada hari Sabat, atau pada hari-hari suci yang lain, kami tidak akan membeli daripada mereka.Pada tiap-tiap tahun ketujuh, kami tidak akan menanami ladang, dan kami akan menghapuskan segala hutang.

32 Tiap-tiap tahun kami masing-masing akan memberikan lima gram perak bagi biaya Rumah TUHAN.

33 Kami akan menyediakan keperluan-keperluan berikut untuk kegunaan ibadat di Rumah TUHAN: roti sajian, korban harian, iaitu korban untuk mengucap syukur dan binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan juga persembahan suci pada hari Sabat, Perayaan Bulan Baru, serta perayaan-perayaan lain, persembahan-persembahan suci yang lain, korban-korban untuk mengampunkan dosa Israel, dan apa sahaja yang diperlukan bagi Rumah TUHAN.

34 Tiap-tiap tahun kami, rakyat Israel, para imam dan orang Lewi, akan membuang undi untuk menentukan puak mana yang wajib menyediakan kayu api untuk membakar korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah kami, menurut peraturan Taurat.

35 Tiap-tiap tahun kami akan membawa biji-bijian yang mula-mula dituai dan buah-buahan yang mula-mula masak pada pokok, ke Rumah TUHAN.

36 Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.

37 Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN.Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.

38 Seorang imam keturunan Harun harus bersama-sama orang Lewi ketika persembahan persepuluhan itu dikumpulkan. Orang Lewi harus menyimpan sepersepuluh daripada semua persembahan persepuluhan itu di dalam stor-stor bekalan di Rumah TUHAN.

39 Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN.Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13