Nehemia 7 BM

1 Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.

2 Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.

3 Aku memberitahu mereka supaya tidak membuka pintu gerbang sebelum matahari terbit, dan supaya menutupnya dengan memasang palang sebelum para pengawal pulang pada petang hari. Aku juga menyuruh mereka melantik beberapa orang pengawal di kalangan penduduk Yerusalem, dan menugaskan sebilangan daripada mereka di tempat-tempat yang tertentu, sedangkan yang lain meronda di sekeliling rumah masing-masing.

Senarai Nama Orang yang Kembali dari Pembuangan

4 Yerusalem kota yang besar, tetapi penduduknya tidak ramai, dan belum banyak rumah yang dibina di situ.

5 Kemudian Allah memberi aku ilham untuk mengumpulkan rakyat dan para pemimpin serta pegawai mereka, supaya aku dapat membanci mereka berdasarkan daftar salasilah. Pada masa itu aku menjumpai catatan tentang orang yang pertama-tama pulang dari pembuangan. Berikut ini adalah keterangan yang aku dapati daripada catatan itu:

6 Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan wilayah Babel dan pulang ke Yerusalem dan Yehuda, masing-masing ke kotanya sendiri. Keluarga mereka telah lama hidup dalam buangan di Babilonia, sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.

7 Pemimpin-pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana.

46-56 Berikut ialah senarai puak pekerja di Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan:Ziha, Hasufa, Tabaot,Keros, Sia, Padon,Lebana, Hagaba, Salmai,Hanan, Gidel, Gahar,Reaya, Rezin, Nekoda,Gazam, Uza, Paseah,Besai, Meunim, Nefusim,Bakbuk, Hakufa, Harhur,Bazlit, Mehida, Harsa,Barkos, Sisera, Temah,Neziah, dan Hatifa.

57-59 Berikut ialah puak-puak hamba Salomo yang kembali dari pembuangan:Sotai, Soferet, Perida,Yaala, Darkon, Gidel,Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Amon.

60 Jumlah seluruh keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba-hamba Salomo yang kembali dari pembuangan adalah 392 orang.

61-62 Sebanyak 642 orang daripada puak Delaya, Tobia, dan Nekoda berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adon, dan Imer; tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.

63-64 Puak-puak para imam yang berikut tidak dapat menemukan catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Seorang daripada nenek moyang puak imam Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan daripada puak Barzilai di Gilead, dan memakai nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.

65 Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

73 Para imam, orang Lewi, pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN, para penyanyi, dan banyak daripada rakyat jelata, para pekerja di Rumah TUHAN, pendek kata semua orang Israel, menetap di pekan-pekan dan di kota-kota Yehuda.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13