43 Pada hari itu banyak korban dipersembahkan kepada Allah. Rakyat bergembira kerana Allah menyebabkan mereka bersukacita. Kaum wanita dan kanak-kanak juga ikut bersukaria, dan keriuhan mereka terdengar sampai jauh.
44 Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,
45 kerana mereka menjalankan upacara penyucian dan upacara-upacara lain yang telah diperintahkan Allah. Para pemuzik dan pengawal Rumah TUHAN pun menjalankan tugas mereka menurut peraturan Raja Daud dan putera baginda Salomo.
46 Sejak zaman Raja Daud dan pemuzik Asaf dahulu kala, para penyanyi telah menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada Allah.
47 Pada zaman Zerubabel dan juga pada zaman Nehemia, seluruh rakyat Israel memberikan persembahan harian untuk mencukupi keperluan sehari-hari para penyanyi dan pengawal Rumah TUHAN. Rakyat memberikan persembahan yang dikhaskan bagi orang Lewi, dan orang Lewi pula memberikan bahagian yang dikhaskan bagi para imam.