1 Pada waktu Taurat Musa dibacakan kepada rakyat, mereka mendengar bahawa orang Amon dan Moab tidak dibenarkan bergabung dengan umat Allah.
2 Hal itu demikian kerana ketika umat Israel dalam perjalanan dari Mesir, bangsa Amon dan Moab tidak mahu memberi mereka makanan dan minuman. Sebaliknya, mereka mengupah Bileam supaya mengutuk bangsa Israel tetapi Allah kita mengubah kutuk itu menjadi berkat.
3 Apabila umat Israel mendengar bahagian Taurat itu dibacakan, mereka memisahkan semua orang bangsa asing daripada masyarakat mereka.
4 Imam Elyasib yang ditugaskan untuk mengawasi stor-stor bekalan itu sudah lama mempunyai hubungan baik dengan Tobia.
5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.