21 Aku memberikan amaran kepada mereka, “Sia-sia saja kamu menunggu sehingga pagi di situ. Jika kamu melakukan hal ini lagi, aku akan mengambil tindakan keras terhadap kamu.” Sejak itu mereka tidak datang lagi pada hari Sabat.
22 Aku memberikan perintah kepada orang Lewi supaya menyucikan diri dan mengawal pintu-pintu gerbang untuk mengawasi orang supaya menghormati hari Sabat.Ya Allah, ingatlah aku kerana perkara ini, dan kasihanilah aku demi kasih-Mu yang besar.
23 Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.
24 Sebilangan daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod atau bahasa lain, tetapi mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa kami.
25 Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.
26 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.
27 Alangkah jahatnya perbuatan kamu! Kamu berani melawan Allah dengan mengahwini perempuan bangsa asing!”