24 Sebilangan daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod atau bahasa lain, tetapi mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa kami.
25 Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.
26 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.
27 Alangkah jahatnya perbuatan kamu! Kamu berani melawan Allah dengan mengahwini perempuan bangsa asing!”
28 Yoyada ialah anak Imam Agung Elyasib, tetapi salah seorang anak Yoyada berkahwin dengan anak perempuan Sanbalat dari kota Bet-Horon. Oleh itu aku menyuruh Yoyada meninggalkan Yerusalem.
29 Ya Allah, ingatlah bagaimana semua orang itu mencemarkan jawatan imam dan perjanjian yang sudah Engkau buat dengan para imam dan orang Lewi.
30 Demikianlah aku menyucikan bangsa Israel daripada segala pengaruh asing. Aku menyediakan peraturan bagi para imam dan orang Lewi supaya masing-masing mengetahui tugasnya.