6 Sementara hal itu berlaku, aku tidak berada di Yerusalem kerana pada tahun ketiga puluh dua pemerintahan Artahsasta, raja Babel, aku telah pergi ke Babel untuk memberikan laporan kepada raja. Beberapa lama kemudian barulah aku mendapat kebenaran daripada raja
7 untuk kembali ke Yerusalem. Setibanya aku di sana, aku terperanjat semasa mengetahui bahawa Elyasib sudah membenarkan Tobia menggunakan sebuah bilik di dalam Rumah TUHAN.
8 Aku sangat marah dan melempar keluar semua barang kepunyaan Tobia.
9 Kemudian aku memerintahkan supaya upacara penyucian dilakukan bagi bilik-bilik itu. Setelah itu aku menyuruh orang mengembalikan semua peralatan Rumah TUHAN, persembahan biji-bijian dan kemenyan ke bilik-bilik itu.
10 Aku juga mendapati para pemuzik dan orang Lewi sudah meninggalkan Yerusalem dan kembali ke ladang-ladang mereka, kerana rakyat tidak mencukupi keperluan hidup mereka.
11 Aku menegur para pegawai kerana mengabaikan Rumah TUHAN. Kemudian aku memanggil orang Lewi dan para pemuzik kembali ke Rumah TUHAN dan menyuruh mereka bertugas semula.
12 Kemudian seluruh rakyat Israel mulai lagi membawa persembahan persepuluhan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun ke Rumah TUHAN.