8 Aku sangat marah dan melempar keluar semua barang kepunyaan Tobia.
9 Kemudian aku memerintahkan supaya upacara penyucian dilakukan bagi bilik-bilik itu. Setelah itu aku menyuruh orang mengembalikan semua peralatan Rumah TUHAN, persembahan biji-bijian dan kemenyan ke bilik-bilik itu.
10 Aku juga mendapati para pemuzik dan orang Lewi sudah meninggalkan Yerusalem dan kembali ke ladang-ladang mereka, kerana rakyat tidak mencukupi keperluan hidup mereka.
11 Aku menegur para pegawai kerana mengabaikan Rumah TUHAN. Kemudian aku memanggil orang Lewi dan para pemuzik kembali ke Rumah TUHAN dan menyuruh mereka bertugas semula.
12 Kemudian seluruh rakyat Israel mulai lagi membawa persembahan persepuluhan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun ke Rumah TUHAN.
13 Aku menugaskan semua orang yang berikut untuk menjaga stor-stor bekalan itu: Selemya, seorang imam; Zadok, seorang ahli Taurat; Pedaya, seorang Lewi. Hanan anak Zakur, cucu Matanya ialah pembantu mereka. Aku yakin bahawa mereka boleh dipercayai untuk membahagikan bahan-bahan itu kepada sesama pekerja dengan jujur.
14 Ya Allah, ingatlah akan segala yang sudah aku lakukan untuk Rumah TUHAN dan ibadat di situ.