1 Beberapa lama kemudian banyak orang Yahudi, baik lelaki mahupun perempuan, mula bersungut terhadap sesama bangsa Yahudi.
2 Ada orang yang berkata, “Keluarga kami besar, dan kami memerlukan gandum untuk hidup.”
3 Ada orang lain yang berkata, “Kami terpaksa menggadaikan ladang, kebun anggur, dan rumah kami untuk membeli gandum supaya kami tidak kelaparan.”
4 Ada lagi orang lain yang berkata, “Kami terpaksa meminjam wang untuk membayar cukai kerajaan bagi ladang dan kebun anggur kami.
5 Kita semua bangsa Yahudi. Bukankah anak-anak kami pun sama baiknya dengan anak-anak Yahudi yang lain? Tetapi kami terpaksa membiarkan anak-anak kami menjadi hamba. Bahkan ada beberapa orang anak gadis kami yang sudah dijual menjadi hamba. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”
6 Apabila aku mendengar sungutan mereka itu, aku naik marah