Nehemia 6:6-12 BM

6 Demikianlah kandungan surat itu:“Menurut kata Gesyem, ada khabar angin di antara negeri-negeri jiran bahawa tuan dan orang Yahudi ingin memberontak, dan itulah sebabnya kamu membina semula tembok kota. Dia juga mengatakan bahawa tuan ingin menjadi raja,

7 dan tuan sudah menyuruh beberapa orang nabi di Yerusalem untuk mengisytiharkan bahawa tuanlah raja negeri Yehuda. Raja pasti akan mendengar hal itu. Oleh itu saya mencadangkan supaya kita berdua berjumpa untuk merundingkan perkara itu.”

8 Aku mengirimkan jawapan kepadanya, “Semua yang tuan katakan itu tidak benar. Tuan sendiri yang mereka-reka cerita itu.”

9 Mereka mencuba menakut-nakutkan kami supaya kami berhenti bekerja. Kemudian aku berdoa, “Ya Allah, kuatkanlah aku sekarang!”

10 Kira-kira pada waktu itu aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya, iaitu cucu Mehetabeel, kerana dia tidak dapat datang berjumpa dengan aku. Dia berkata kepadaku, “Kita berdua mesti bersembunyi di Bilik Suci di dalam Rumah TUHAN dan mengunci semua pintu, kerana ada orang yang hendak membunuh tuan. Bila-bila sahaja pada malam ini mereka akan datang membunuh tuan.”

11 Tetapi aku menjawab, “Bukanlah kebiasaanku untuk lari dan bersembunyi. Sebagai orang awam aku tidak boleh masuk ke Bilik Suci, nanti aku mati. Tidak, aku tidak mahu!”

12 Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.