Nehemia 7:2-46-56 BM

2 Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.

3 Aku memberitahu mereka supaya tidak membuka pintu gerbang sebelum matahari terbit, dan supaya menutupnya dengan memasang palang sebelum para pengawal pulang pada petang hari. Aku juga menyuruh mereka melantik beberapa orang pengawal di kalangan penduduk Yerusalem, dan menugaskan sebilangan daripada mereka di tempat-tempat yang tertentu, sedangkan yang lain meronda di sekeliling rumah masing-masing.

4 Yerusalem kota yang besar, tetapi penduduknya tidak ramai, dan belum banyak rumah yang dibina di situ.

5 Kemudian Allah memberi aku ilham untuk mengumpulkan rakyat dan para pemimpin serta pegawai mereka, supaya aku dapat membanci mereka berdasarkan daftar salasilah. Pada masa itu aku menjumpai catatan tentang orang yang pertama-tama pulang dari pembuangan. Berikut ini adalah keterangan yang aku dapati daripada catatan itu:

6 Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan wilayah Babel dan pulang ke Yerusalem dan Yehuda, masing-masing ke kotanya sendiri. Keluarga mereka telah lama hidup dalam buangan di Babilonia, sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.

7 Pemimpin-pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana.

46-56 Berikut ialah senarai puak pekerja di Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan:Ziha, Hasufa, Tabaot,Keros, Sia, Padon,Lebana, Hagaba, Salmai,Hanan, Gidel, Gahar,Reaya, Rezin, Nekoda,Gazam, Uza, Paseah,Besai, Meunim, Nefusim,Bakbuk, Hakufa, Harhur,Bazlit, Mehida, Harsa,Barkos, Sisera, Temah,Neziah, dan Hatifa.