Nehemia 9:1-2-7 BM

1-2 Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka.

3 Selama kira-kira tiga jam, kitab Taurat TUHAN, Allah mereka dibacakan kepada mereka, dan selama tiga jam berikutnya mereka mengakui dosa dan menyembah TUHAN, Allah mereka.

4 Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.

5 Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata,“Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita;pujilah Dia selama-lamanya!Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan,nama yang lebih agung daripada segala pujian!”

6 Selepas itu umat Israel berdoa demikian,“Ya TUHAN, Engkaulah satu-satunya TUHAN;Engkau menciptakan bintang dan seluruh angkasa,Engkau menjadikan darat dan laut serta segala isinya;Engkau memberikan hidup kepada semuanya.Segala kuasa di langit bersembah sujud kepada-Mu;mereka berlutut dan tunduk kepada-Mu.

7 Ya TUHAN Allah, Engkaulah yang memilih Abram,dan memimpinnya keluar dari Ur di negeri Babilonia;Engkau mengubah namanya menjadi Abraham.