Yoel 2 BM

Belalang Sebagai Amaran tentang Kedatangan Hari TUHAN

1 Tiuplah trompet, bunyikan tanda kecemasan di Sion,bukit suci Allah.Gementarlah, hai penduduk Yehuda,kerana Hari TUHAN segera tiba.

2 Hari itu gelap dan mendung,hari kelam dan berawan.Bala tentera belalang itu maraseperti kegelapan yang meliputi pergunungan.Belum pernah berlaku perkara seperti ini,dan perkara ini tidak akan berulang lagi.

3 Seperti api yang membakar dan menghanguskan,kawanan belalang makan segala tanaman.Di hadapan kawanan belalang,padang indah bagaikan taman Eden.Tetapi di belakang kawanan belalang,padang itu sudah menjadi gersang.Segala-galanya dimusnahkan oleh belalang.

4 Rupa belalang itu seperti kuda,dan berlari seperti kuda perang.

5 Apabila belalang hinggap di atas gunung,belalang berdetar bagaikan kereta kuda,dan gemeretik bagaikan rumput kering terbakar.Belalang berbaris seperti bala tenterayang siap untuk menyerang.

6 Apabila belalang mara, semua orang takut;tiap-tiap muka orang menjadi pucat.

7 Belalang menyerang seperti pahlawan,dan memanjat tembok seperti askar.Semua belalang terus mara ke depan,tanpa menukar haluan

8 atau berlanggar-langgar.Belalang merempuh segala halangan,tiada yang dapat menegah.

9 Belalang menyerang kota,berlari di atas tembok kota,memanjat rumah-rumah,dan masuk melalui jendela seperti pencuri.

10 Bumi bergoncang ketika belalang mara,dan langit pun bergegar.Matahari dan bulan menjadi gelap,bintang-bintang tidak lagi bercahaya.

11 TUHAN memberikan perintah dengan nyaring kepada tentera-Nya.Askar yang taat kepada-Nya banyak dan perkasa.Alangkah dahsyatnya hari TUHAN!Tidak seorang pun akan dapat bertahan.

Panggilan untuk Bertaubat

12 TUHAN berfirman, “Tetapi sekarangbertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Kudengan berpuasa, menangis, dan meratap.

13 Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan,jangan hanya mengoyakkan pakaian.”Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu.Dia penyayang dan penuh rahmat;Dia sabar dan menepati janji-Nya;Dia sentiasa sedia mengampunidan tidak suka menghukum.

14 Mungkin TUHAN Allah kamu akan mengubah fikiran-Nya,lalu memberkati kamu dengan hasil bumi yang banyak.Oleh itu kamu dapat mempersembahkangandum dan wain kepada-Nya.

15 Tiuplah trompet di Bukit Sion;berikanlah perintah untuk berpuasa,dan adakanlah satu perhimpunan.

16 Kumpulkanlah segenap rakyat,siapkanlah mereka untuk perhimpunan umat,bawalah orang tua,kumpulkanlah anak-anakdan bayi-bayi juga.Pasangan yang baru berkahwin pun mesti meninggalkan bilik, lalu datang.

17 Para imam yang mengabdi kepada TUHANdi antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN,mesti menangis dan berdoa demikian,“Kasihanilah umat-Mu,ya TUHAN.Jangan biar bangsa lainmenghina dan mengolok-olok kami dengan berkata,‘Di manakah Allah kamu?’ ”

Allah Menjadikan Tanah Subur Semula

18 Kemudian TUHAN menunjukkan bahawa Diamengambil berat tentang tanah-Nya;Dia mengasihani umat-Nya.

19 Dia menjawab mereka,“Sekarang Aku hendak memberi kamu gandum, wain, dan minyak zaitun,lalu kamu akan dikenyangkan.Bangsa-bangsa lain tidak akan menghina kamu lagi.

20 Aku akan menjauhkan pasukan belalangyang datang dari utara.Aku akan mengusir sebilangan daripada pasukan ituke padang gurun.Barisan hadapan pasukan itu akan dihalausampai tenggelam di Laut Mati,dan barisan belakangtenggelam di Laut Tengah.Belalang yang mati akan menjadi busuk.Aku akan membinasakan pasukan itukerana segala perbuatannya terhadap kamu.

21 Hai ladang, jangan takut;bersukacitalah dan bergembiralah,kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu.

22 Hai binatang, jangan takut;kerana padang rumput kini hijau,pokok mengeluarkan buah,dan buah ara serta buah anggur pun banyak.

23 Bersukacitalah,hai penduduk Sion,bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu;Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh,Dia telah menurunkan hujan pada musim sejukdan hujan pada musim bunga seperti dahulu.

24 Tempat mengirik gandum akan penuh dengan gandum,dan tempat memeras buah anggur akan berkelimpahandengan wain dan minyak zaitun.

25 Aku akan mengganti segala kerugian kamupada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman kamu.Akulah yang menyuruhkawanan belalang itu menyusahkan kamu.

26 Tetapi sekarang kamu akan mempunyaicukup makanan sehingga kenyang.Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu,Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu.Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.

27 Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahubahawa Aku ada di tengah-tengah kamu,dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu,dan tiada lagi yang lain.Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”

Hari TUHAN

28 “Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:anak lelaki dan anak perempuan kamuakan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;orang tua kamu akan bermimpi,dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.

29 Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Kubahkan kepada hamba-hamba,baik lelaki mahupun perempuan.

30 Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi;akan ada pertumpahan darah,api dan gumpalan asap.

31 Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba,matahari akan menjadi gelap,dan bulan akan menjadi merah seperti darah.

32 Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHANakan diselamatkan.Sebagaimana TUHAN telah berfirman,‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat;mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”

Bab

1 2 3