Yoel 3 BM

Allah akan Mengadili Bangsa-Bangsa

1 TUHAN berfirman,“Pada masa itu Aku akan memulihkan kemakmuranYehuda dan Yerusalem.

2 Aku akan mengumpulkan semua bangsadan membawa mereka ke Lembah Penghakiman.Aku akan menghakimi mereka di situkerana segala perbuatan mereka terhadap umat-Ku.Mereka telah membuang umat-Ku ke berbagai negeri,dan membahagi-bahagikan tanah Israel, negeri milik-Ku.

3 Mereka membuang undi untuk menentukanpemilik orang tawanan.Mereka menjual budak lelakidan perempuan supaya dijadikan abdi.Mereka menggunakan wang yang diperolehuntuk membayar pelacur dan membeli wain.

4 Apakah yang kamu cuba lakukan kepada-Ku, hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistea? Adakah kamu cuba membalas dendam terhadap Aku? Jika demikian, Aku akan membalas kamu dengan segera.

5 Kamu telah merampas emas dan perak-Ku, serta membawa harta kekayaan-Ku ke dalam rumah berhala kamu.

6 Kamu telah membawa penduduk Yehuda dan Yerusalem ke tempat yang jauh, serta menjual mereka kepada orang Yunani.

7 Tetapi sekarang Aku membawa mereka keluar dari tempat-tempat kamu menjual mereka. Aku akan membalas kejahatan kamu terhadap mereka.

8 Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan dijual kepada orang Yehuda; orang Yehuda pula akan menjual mereka kepada Syeba, negeri yang sangat jauh. Aku, TUHAN telah berfirman.

9 Umumkanlah hal ini kepada bangsa-bangsa,‘Bersiaplah untuk berperang,panggillah para pahlawan kamu;kumpulkanlah semua askar, dan maralah!

10 Leburlah mata bajak untuk dijadikan pedang,dan juga sabit untuk dijadikan tombak.Hendaklah orang yang lemah turut berkata: Aku pahlawan.

11 Marilah segera,hai bangsa-bangsa di sekitar,berkumpullah di lembah.’ ”Ya TUHAN, kirimlah tentera-Mu untuk menyerang mereka.

12 TUHAN berfirman lagi, “Bangsa-bangsa mesti bersiapdan datang ke Lembah Penghakiman.Di sana Aku, TUHAN akan duduk dan menghakimi,semua bangsa di sekitar.

13 Mereka sangat kejam,potonglah mereka seperti gandum pada musim menuai;peraslah mereka seperti buah anggur di tempat memeras buah anggur sehingga wain melimpah.”

14 Beribu-ribu orang berada di Lembah Penghakiman.Di sanalah Hari TUHAN akan segera datang.

15 Matahari dan bulan menjadi gelap,dan bintang-bintang tidak lagi bercahaya.

Allah akan Memberkati Umat-Nya

16 Suara TUHAN bergemuruh dari Bukit Sion;Dia mengguntur dari Yerusalem;langit dan bumi bergoncang,tetapi Dia akan melindungi umat-Nya.

17 “Oleh itu hai Israel,barulah kamu tahu,bahawa Akulah TUHAN,Allah kamu.Aku tinggal di Sion,bukit-Ku yang suci.Yerusalem akan menjadi kota yang suci;orang bangsa asing tidak sekali-kaliakan merampasnya lagi.

18 Pada masa itu gunung akan diliputi ladang anggur;ternakan akan terdapat di tiap-tiap bukit;semua sungai di Yehuda akan penuh air.Sebatang sungai akan mengalir dari Rumah TUHAN;sungai itu akan mengairi Lembah Akasia.

19 Mesir akan menjadi padang gurun,dan Edom menjadi timbunan puing,kerana mereka telah menyerang Yehudadan membunuh penduduknya yang tidak bersalah.

20-21 Aku akan membalas dendam bagi pihakmereka yang telah dibunuh;Aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah terlepas.Tetapi Yehuda dan Yerusalem akan dihuni orang selama-lamanya,dan Aku, TUHAN akan tinggal di Bukit Sion.”

Bab

1 2 3