14 Mungkin TUHAN Allah kamu akan mengubah fikiran-Nya,lalu memberkati kamu dengan hasil bumi yang banyak.Oleh itu kamu dapat mempersembahkangandum dan wain kepada-Nya.
15 Tiuplah trompet di Bukit Sion;berikanlah perintah untuk berpuasa,dan adakanlah satu perhimpunan.
16 Kumpulkanlah segenap rakyat,siapkanlah mereka untuk perhimpunan umat,bawalah orang tua,kumpulkanlah anak-anakdan bayi-bayi juga.Pasangan yang baru berkahwin pun mesti meninggalkan bilik, lalu datang.
17 Para imam yang mengabdi kepada TUHANdi antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN,mesti menangis dan berdoa demikian,“Kasihanilah umat-Mu,ya TUHAN.Jangan biar bangsa lainmenghina dan mengolok-olok kami dengan berkata,‘Di manakah Allah kamu?’ ”
18 Kemudian TUHAN menunjukkan bahawa Diamengambil berat tentang tanah-Nya;Dia mengasihani umat-Nya.
19 Dia menjawab mereka,“Sekarang Aku hendak memberi kamu gandum, wain, dan minyak zaitun,lalu kamu akan dikenyangkan.Bangsa-bangsa lain tidak akan menghina kamu lagi.
20 Aku akan menjauhkan pasukan belalangyang datang dari utara.Aku akan mengusir sebilangan daripada pasukan ituke padang gurun.Barisan hadapan pasukan itu akan dihalausampai tenggelam di Laut Mati,dan barisan belakangtenggelam di Laut Tengah.Belalang yang mati akan menjadi busuk.Aku akan membinasakan pasukan itukerana segala perbuatannya terhadap kamu.