13 TUHAN berfirman kepadaku, “Masukkan wang itu ke dalam perbendaharaan Rumah TUHAN.” Oleh itu aku mengambil tiga puluh keping wang perak itu. Hanya sekian penghargaan mereka kepadaku. Aku pun memasukkan wang itu ke dalam perbendaharaan Rumah TUHAN.
14 Selepas itu aku mematahkan kayu kedua, yang dinamakan “Perpaduan”, maka putuslah perhubungan antara Yehuda dan Israel.
15 Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Sekali lagi berlakonlah sebagai gembala domba; kali ini sebagai gembala yang tidak berguna.
16 Aku menugaskan seorang gembala untuk menggembalakan domba-Ku, tetapi dia tidak menolong domba yang diancam kebinasaan. Dia tidak mencari domba yang sesat, atau mengubati yang luka, ataupun memberikan makanan kepada domba yang sihat. Sebaliknya dia makan daging domba yang paling gemuk, dan mencabut kuku domba.
17 Terkutuklah gembala yang tidak berguna itu! Dia meninggalkan kawanan dombanya. Peperangan akan mengakhiri kekuasaannya. Lengannya akan menjadi lemah dan mata kanannya menjadi buta.”