4 Pada masa itu, tiada lagi nabi yang akan berbangga kerana penglihatan-penglihatannya, atau berlaku seperti seorang nabi, ataupun memakai jubah berbulu agar dia dapat menipu orang.
5 Sebaliknya dia akan berkata, ‘Aku bukan nabi. Aku petani - aku bercucuk tanam seumur hidupku.’
6 Jika orang bertanya kepadanya, ‘Luka apakah yang ada pada dadamu itu?’ Dia akan menjawab, ‘Luka ini aku dapat ketika di rumah kawanku.’ ”
7 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Bangkitlah, hai pedang, dan seranglah gembala yang bekerja untuk-Ku! Bunuhlah dia supaya kawanan dombanya tercerai-cerai. Aku akan menyerang umat-Ku,
8 dan di seluruh negeri ini dua pertiga daripada penduduknya akan mati.
9 Hanya sepertiga daripada penduduknya akan selamat. Mereka akan Kusucikan seperti perak dimurnikan oleh api. Mereka akan Kuuji seperti orang menguji emas. Barulah mereka akan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mengabulkan doa mereka. Aku akan memberitahu mereka bahawa mereka umat-Ku, dan mereka pun akan mengaku bahawa Aku TUHAN, Allah mereka.”