6 Kereta kuda yang ditarik oleh kuda hitam menuju ke Babilonia di utara. Kuda putih menuju ke barat dan kuda yang bertelau-telau menuju ke negara di selatan.
7 Ketika kuda yang bertelau-telau itu keluar, nampaknya semua kuda itu tidak sabar lagi untuk pergi menyiasat bumi. Malaikat itu berkata, “Pergilah siasat bumi!” Semua kuda itu pergi.
8 Kemudian malaikat itu berseru kepadaku, “Kuda yang pergi ke Babilonia di utara telah meredakan kemurkaan TUHAN.”
9 TUHAN memberikan perkhabaran ini kepadaku.
10 Dia berfirman, “Ambillah persembahan yang diberikan oleh orang yang baru kembali dari pembuangan di Babilonia, iaitu Heldai, Tobia, dan Yedaya. Bawalah persembahan mereka itu dengan segera ke rumah Yosia anak Zefanya.
11 Buatlah sebuah mahkota daripada emas dan perak yang dipersembahkan mereka itu, lalu pasanglah mahkota itu pada kepala Imam Agung Yosua anak Yozadak.
12 Beritahulah dia bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, ‘Orang yang disebut Tunas akan berjaya di tempat dia berada, dan dia akan membina semula Rumah TUHAN.