1 TUHAN Yang Maha Kuasa memberikan perkhabaran ini kepada Zakharia,
2 “Aku ingin sekali menolong Yerusalem kerana Aku sangat mengasihi penduduknya, dan kerana kasih-Ku itu, Aku murka kepada musuh kota itu.
3 Aku akan kembali ke Yerusalem, kota-Ku yang suci itu dan menetap di situ. Yerusalem akan dikenal sebagai kota yang setia, dan bukit TUHAN Yang Maha Kuasa akan disebut bukit suci.
4 Datuk dan nenek yang sudah sangat tua, sehingga harus berjalan dengan tongkat, akan duduk lagi di padang kota Yerusalem.
5 Jalan-jalan di kota akan penuh lagi dengan anak lelaki dan anak perempuan yang bermain-main.
6 Hal itu nampaknya mustahil bagi orang yang masih hidup daripada bangsa ini, namun tidak mustahil bagi-Ku.