18 TUHAN Yang Maha Kuasa memberikan perkhabaran ini kepada Zakharia,
19 “Puasa yang dilakukan dalam bulan keempat, kelima, ketujuh, dan kesepuluh akan menjadi perayaan yang penuh kegembiraan dan kesukaan bagi penduduk Yehuda. Cintailah kebenaran dan kedamaian!”
20 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Masanya akan tiba apabila penduduk dari banyak kota datang ke Yerusalem.
21 Penduduk dari kota yang satu akan berkata kepada penduduk kota lain, ‘Mari kita pergi menyembah TUHAN Yang Maha Kuasa dan memohon berkat-Nya. Ikutlah kami!’
22 Banyak orang dan banyak bangsa yang kuat akan datang ke Yerusalem untuk menyembah TUHAN Yang Maha Kuasa dan memohon berkat-Nya.
23 Pada masa itu, sepuluh orang asing akan datang kepada satu orang Yahudi dan berkata, ‘Kami juga mahu diberkati seperti kamu kerana kami mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ”