Zakharia 9:5-11 BM

5 Kota Askelon akan melihat perkara itu lalu menjadi takut. Kota Gaza akan melihat hal itu lalu mengalami penderitaan yang berat. Ekron juga akan melihat hal itu, lalu harapannya akan hancur. Gaza akan kehilangan rajanya, dan Askelon akan menjadi lengang tanpa penghuni.

6 Bangsa campuran akan tinggal di Asdod. TUHAN berfirman, “Aku akan menaklukkan semua orang Filistin yang sombong itu.

7 Mereka akan berhenti makan daging yang masih berdarah dan makanan apa sahaja yang dilarang. Semua orang yang terselamat akan menjadi anggota umat-Ku dan menjadi seperti salah satu puak suku Yehuda. Ekron akan menjadi anggota umat-Ku seperti orang Yebusi pada zaman dahulu.

8 Aku akan mengawal tanah-Ku dan tidak membenarkan musuh melaluinya. Aku tidak akan membiarkan orang zalim menindas umat-Ku lagi. Aku telah melihat penderitaan umat-Ku.”

9 Bersukacitalah,hai penduduk Sion!Bersoraklah,hai penduduk Yerusalem!Lihatlah, raja kamu datang!Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan,tetapi dengan kerendahan hati,dia datang dengan menunggang keldai,dengan mengenderai anak keldai yang muda.

10 TUHAN berfirman,“Aku akan melenyapkan kereta kuda dari Israel,dan juga kuda di Yerusalem;busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan.Raja kamu akan mengadakan perdamaian antara bangsa-bangsa;kerajaannya terbentang dari laut ke laut,dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”

11 TUHAN berfirman,“Kerana perjanjian-Ku dengan kamu,perjanjian yang disahkan dengan darah korban,Aku akan membebaskan bangsa kamuyang menderita dalam pembuanganseperti orang yang terkurung dalam perigi kering.