1 Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara.
2 Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.
3 Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi.
4 Anak itu mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada malaikat, dan nama yang diberikan oleh Allah kepada-Nya pun jauh lebih terhormat daripada nama-nama malaikat.
5 Tidak pernah Allah berfirman kepada mana-mana malaikat-Nya,“Engkaulah Anak-Ku;pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.”Tidak pernah Allah berfirman tentang malaikat yang mana pun begini,“Aku akan menjadi Bapa-Nya,dan Dia akan menjadi Anak-Ku.”
6 Tetapi pada masa Allah mengutus Anak-Nya yang sulung ke dunia ini, Dia berfirman,“Semua malaikat Allah wajib menyembah Anak itu.”
7 Tentang malaikat-malaikat, Allah berfirman demikian,“Allah menjadikan malaikat-malaikat-Nya angin,dan hamba-hamba-Nya nyala api.”
8 Tetapi tentang Anak itu, Allah berfirman,“Takhta-Mu, ya Allah, akan kekal selama-lamanya!Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan.
9 Engkau suka akan keadilan,dan benci akan kecurangan;itulah sebabnya Allah, Allah-Mu, memilih Engkaudan memberi Engkau kehormatanyang mendatangkan kegembiraan yang jauh lebih besardaripada yang diberikan-Nya kepada sahabat-sahabat-Mu.”
10 Allah juga berfirman,“Engkau, ya Tuhan, pada mulanya menjadikan bumi,dan dengan tangan-Mu sendiri Engkau menjadikan langit.
11 Semua itu akan lenyap,dan menjadi usang seperti pakaian;tetapi Engkau tidak akan berubah.
12 Alam semesta Engkau lipat seperti jubah,dan akan Engkau ganti seperti pakaian.Tetapi Engkau tidak akan berubah,dan hidup-Mu tidak akan berakhir.”
13 Allah tidak pernah berfirman kepada malaikat-Nya yang mana pun begini,“Duduklah di sebelah kanan-Ku,sehingga musuh-musuh-MuAku jadikan alas kaki-Mu.”
14 Jika demikian, apakah sebenarnya malaikat-malaikat itu? Mereka roh yang berbakti kepada Allah, dan yang disuruh oleh-Nya untuk menolong orang yang akan menerima penyelamatan.