1 Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara.
2 Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.
3 Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi.
4 Anak itu mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada malaikat, dan nama yang diberikan oleh Allah kepada-Nya pun jauh lebih terhormat daripada nama-nama malaikat.
5 Tidak pernah Allah berfirman kepada mana-mana malaikat-Nya,“Engkaulah Anak-Ku;pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.”Tidak pernah Allah berfirman tentang malaikat yang mana pun begini,“Aku akan menjadi Bapa-Nya,dan Dia akan menjadi Anak-Ku.”
6 Tetapi pada masa Allah mengutus Anak-Nya yang sulung ke dunia ini, Dia berfirman,“Semua malaikat Allah wajib menyembah Anak itu.”
7 Tentang malaikat-malaikat, Allah berfirman demikian,“Allah menjadikan malaikat-malaikat-Nya angin,dan hamba-hamba-Nya nyala api.”