34 Kamu ikut merasakan penderitaan orang yang dipenjarakan. Apabila segala milik kamu dirampas, kamu menanggungnya dengan gembira, kerana kamu tahu bahawa kamu masih mempunyai sesuatu yang lebih baik dan yang akan tahan selama-lamanya.
35 Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap.
36 Kamu perlu bersabar supaya dapat melakukan kehendak Allah, dan dengan demikian menerima apa yang dijanjikan-Nya.
37 Hal ini demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis,“Hanya sebentar lagi,lalu Dia yang akan datang itu akan segera tiba;Dia tidak akan berlambat.
38 Umat-Ku yang melakukan kehendak-Kuakan percaya kepada-Ku dan hidup;tetapi jika ada antara mereka yang tidak lagi percaya kepada-Ku,Aku tidak berkenan kepadanya.”
39 Kita ini bukanlah umat yang tidak lagi percaya kepada Allah, dan bukan umat yang sesat. Sebaliknya, kita beriman dan diselamatkan.